
Oleh Deth Mustaine
Pada 9 hingga 10hb. Mac 2013 yang lepas, BN dengan kerjasama beberapa organisasi NGO telah mengadakan karnival di Padang Rapat Setia. Difahamkan khemah-khemah disewakan selama 2 hari kepada peniaga-peniaga dengan kadar RM200. Acara yang berlangsung indah khabar dari rupa. Kelihatan khemah-khemah jualan tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat. Boleh dikatakan khemah lebih 'ramai' dari manusia. Ini merupakan karnival yang paling teruk aku pernah lihat sejak berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini.
![]() |
Sumber: http://www.facebook.com/skuadbnofficial |
.
![]() |
Kesan yang ditinggalkan tayar lori kontena |
![]() |
Kerja mudah, longgok saja di tepi pokok |
Pada hari terakhir, Menteri Pertahanan, Dato' Zahid Hamidi datang Dewan Koperasi Rapat Setia yang bersebelahan dengan padang untuk merasmikan karnival tersebut. Tetapi difahamkan karnival tersebut memang tidak mendapat sambutan dari penduduk Rapat Setia yang kini dianggap sudah menjadi kubu kuat pembangkang.
![]() |
Sampah sarap yang sebabkan longkang tersumbat |
Walaupun orang yang hadir tidak ramai, ia masih tidak cukup untuk memberikan imej yang buruk terhadap parti itu apabila pihak penganjur membiarkan sampah bertaburan di atas padang tanpa dikutip. Malah untuk memudahkan kerja, mereka longgokkan sampah itu di tepi pokok dengan harapan ada pihak lain yang datang mengutipnya. Lihatlah gambar-gambar yang baru diambil pada petang ini (24hb Mac) iaitu setelah 2 minggu acara selesai. Masih tiada pihak yang merasakan mereka bertanggungjawab terhadap sampah sarap yang bertaburan di padang.
Sebenarnya pemilihan lokasi ini untuk mengadakan karnival politik BN adalah suatu kesilapan besar. Sikap penganjur yang pengotor juga akhirnya membuatkan BN parti yang semakin tidak popular di kalangan penduduk Rapat Setia. Mungkin selepas artikel ini keluar, mereka akan cepat-cepat bersihkan padang ini. Itulah sikap typical BN.
Bezakanlah antara karnival BN dengan Himpunan Bersih 3.0 di Padang Polo Ipoh tahun lalu walaupun jumlah yang hadir pada Himpunan Bersih itu beribu-ribu jumlahnya.
Gambar padang Rapat Setia diambil dengan cameraphone. Klik pada mana-mana gambar untuk besarkan.